Solat zohor berjemaah adalah aktiviti rutin setiap hari persekolahan. Memandangkan suau as-Solihin tidak dapat menampung semua pelajar serentak, maka solat zohor berjemaah diadakan secara bergilir mengikut kelas-kelas. Pada masa terakhir setiap hari kelas yang terlibat akan pergi ke surau untuk sama bersolat berjemaah. Guru-guru kelas yang terlibat dan guru yang tidak mengajar pada masa tersebut juga turut serta bersolat bersama.