SEJARAH


Surau as-solihin mula dibina serentak dengan pembinaan sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat, Bachok, Kelantan iaitu pada tahun 1972. Ia terletak berhampiran dengan padang, berhampiran dengan bengkel kemahiran hidup.


Surau as-Solihin 2013

Pada asalnya surau as- Solihin hanyalah berkeluasan 30 x30 kaki persegi. Kemudian binaan tambahan seluas 10x30 dibina di sebelah kiri sebagai tempat makmum wanita. Kemudahan tempat mengambil wuduk, bilik persalinan wanita turut disediakan.

Pada tahun 2010 Surau as-Solihin SMK Jelawat telah menerima perubahan yang agak ketara. Kedatangan PK Pentadbiran, Puan Hajah Maziah bt Mohamad telah memberikan banyak nafas baru kepada surau as-Solihin. Bangunan lama telah diruntuhkan dan dibina bagunan yang baru dengan keluasan 100x80 kaki persegi. Lantai simen telah diganti dengan 'tiles'. Tempat wuduk telah ditambah dan menara juga telah dipasang pada 2012. Dianggarkan surau as-Solihin sekarang mampu memuatkan 500 jemaah dalam satu masa

No comments:

Post a Comment